You are here:
Last Updated (Thursday, 12 April 2012 12:21) Written by Administrator Sunday, 19 February 2012 17:06
.
Last Updated (Monday, 14 May 2012 08:38) Written by Administrator Friday, 09 October 2009 09:32
Pengumuman kepada semua Penolong Pegawai Perubatan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Anda boleh menyemak keahlian Persatuan anda melalui Laman Web ini. Sila masukkan No Kad Pengenalan di Menu FIND STATUS.(sebelah kiri skrin).
Jika paparan menunjukkan masih belum menjadi ahli, sila buat pendaftaran Online spt berikut:-
1) Pergi ke MENU MEMBERS REGISTRATION dan masukkan maklumat seperti diminta.
2)Buat pembayaran melalui Maybank2u /Mesin ATM atau Online payment dari mana-mana bank.
3) Pendaftaran bagi Ahli Baru : RM 45.00 : (Yuran Masuk RM 5 & RM 40 Yuran utk setahun)
4) Pembaharuan Keahlian sebanyak RM 40 setahun.
Selepas membuat pembayaran, sila maklumkan pembayaran tersebut kepada pihak pentadbiran atau email/fax slip ke 03-88832210 untuk proses seterusnya. Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Bendahari(HJ Jaafar 03-88832188/016-7555232).
Sekian, harap maklum.
Administrator PPPM
Last Updated (Thursday, 03 November 2011 16:42) Written by Administrator Friday, 02 September 2011 12:39
KURSUS (BENGKEL) PEMBANGUNAN SOALAN PEPERIKSAAN PROGRAM DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN SEKTOR AWAM/SWASTA.
TARIKH ; 9 HINGGA 11 DISEMBER 2011.
TEMPAT ; PRESCOTT METRO INN, KAJANG .
YURAN ; RM 350 (Termasuk makan minum dan nota ).
Objektif :
1 Mengadakan satu standard penilaian yang samarata yang lebih fokus kepada elemen penting dalam pembelajaran
2 Pemeriksa/Penilai akan didedahkan kpd perkara perkaa dasar dgn memberi penekanan kpd perjalanan latihan dan peperiksaan
3. Meningkatkan mutu penilaian dan menentukan “outcome’ sesuatu peperiksaan/penilaian tidak berbeza dengan ketara diantara satu pusat dan pusat yang lain.
Kandungan Kursus :
1. Konsep penilaiaan dalam Program ASKB.
2. Pembinaan soalan objektif (MCQ, single response dan true or false).
3. Pembinaan soalan essay (MEQ dan SEQ)
4. Konsep ‘Reliability ‘ dan ‘ validity’ soalan ’.
Kursus ini di anjurkan oleh Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia dengan kerjasama Koperasi Pembantu Perubatan Selangor Berhad selaku Sekretariat Kursus.
Untuk pertanyaan @ pendaftaran sila hubungi :
Penyelaras Program : Hj. Mustafa Bin Abd. Majid - 012-2536082.
email : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Last Updated (Monday, 04 July 2011 08:39) Written by Administrator Friday, 01 July 2011 14:47
KONFERENS KEBANGSAAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN 2011.
Saya ingin mengucapkan terima kasih dan syabas kepada Pengerusi dan ahli jawatankuasa Konferens PPP 2011 diatas kejayaan mereka mengendalikan konferens dengan jayanya. Banyak perkara yang dipelajari terutama kepada mereka yang baru pertama kali terlibat dalam menganjurkan program yang sebagini besar. Tentu sekali apabila terlibat dengan panganjuran ini banyak rintangan dan kekangan yang lalui. Alhamdulilah berkat kesungguhan serta profesionalisma Tuan-tuan segalanya dapat diatasi dan Konferens berjalan dengan baik dan berjaya.
Kepada peserta Konferens, saya memohon maaf jika terdapat kekurangan dipihak Persatuan dalam penganjuran Konferens ini. Pihak Jawatankuasa Konferens telah berusaha sedaya upaya supaya Tuan-tuan selesa dan dapat menghadiri Konferens ini dengan baiknya. Apakan daya permasalahan yang dialami (penginapan peserta) bukanlah dari kelemahan pihak Persatuan sendiri walaupun kami telah memberikan kerjasama yang mantap kepada pihak pengurusan hotel. Perkara ini akan kami jadikan satu pengajaran apabila menganjurkan Konferens dimasa akan datang.
Rata-rata mereka yang hadir berpuashati dan mengucapkan tahniah kepada Persatuan kerana dapat menganjurkan Konferens dua tahun sekali serta dapat mengumpulkan seramai 700 orang lebih Penolong Pegawai Perubatan dari seluruh tanah air. Konferens ini bukan sahaja menyediakan perkongsian maklumat dan penambahan ilmu dikalangan PPP, tetapi juga dapat mempertemukan kawan lama yang sudah bertahun-tahun tak jumpa. Semoga Tuan-tuan yang hadir telah dapat menafaat masa yang disediakan sepanjang Konferens ini.
Sekian, Terima Kasih
Hj Idris b. Hj Mohd Nor
Penasihat, Konferens Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan 2011
Merangkap, Presiden Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Penggal 2009-2010
Page 1 of 5