Sumbangan Untuk Dana Wisma Pembantu Perubatan



Last Updated (Thursday, 24 April 2008 14:37)
Written by Administrator
Thursday, 27 March 2008 20:12
Hasrat Presiden Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Hasrat murni dan impian untuk mengadakan sebuah bangunan pejabat Persatuan dan Kesatuan telah bermula 30tahun yang lalu,tetapi tidak menjadi kenyataan sehingga kini.Oleh itu,sampailah masanya saya menyeru dan merayu kepada saudara-saudara untuk menghulurkan sumbangan ehsan sekurang-kurangnya RM 100.00 seorang sekali sahaja seumur hidup bagi tujuan tersebut.Sebagai contoh jika diambil kira sumbangan saudara sebanyak RM 100.00 di bahagi dengan tempoh perkhidmatan selama 240 bulan (20 tahun dikali 12 bulan) bererti saudara hanya menyumbang sebanyak RM0.4166sen sahaja sebulan.Dengan memperolehi BIPK (Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal ) sama-samalah kita menyumbang sebagai tanda bersatu kearah merealisasikan impian untuk mendapatkan bangunan sendiri yang akan dijadikan pejabat urusan Persatuan dan Kesatuan selain menjadi warisan gilang gemilang bagi profesion Penolong Pegawai Perubatan (Pembantu Perubatan)untuk dikenang sehingga ke anak cucu dan generasi seterusnya.Aras 1 dan Aras 2 akan disewakan bagi menjana pendapatan PPPM manakala Aras 3 akan dijadikan pejabat urusan Persatuan (MAMA) dan Kesatuan (NUMA)