LAPORAN AKTIVITI PERSATUAN PEMBANTU PERUBATAN MALAYSIA

PENGGAL 2017/2018

 

 

1.       PENDAHULUAN

 

Bagi menyempurnakan amanah seterusnya, barisan Ahli Jawatankuasa Pusat (AJK) Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia (PPPM) bagi penggal 2017/2018 telah merangka beberapa perancangan, strategi dan matlamat untuk dicapai sebelum berakhir penggal memegang jawatan. AJK pada kali ini telah merancang beberapa agenda untuk memartabatkan lagi profesion Pembantu Perubatan dalam mengetengahkan cadangan-cadangan untuk meningkatkan lagi profesionalisma Pembantu Perubatan, menganjurkan aktiviti dalam sekala besar seperti Konferens Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan 2019. Disamping itu, agenda merancakkan aktiviti Koperasi serta Biro-biro turut diberi perhatian.

 

 

2.       PENTADBIRAN PERSATUAN

 

PPPM ditadbir oleh lima (5) orang Pegawai Ibupejabat untuk memastikan kelancaran operasi dan urus tadbir dengan berkesan. Seorang Pengurus dilantik bagi menjalankan kerja-kerja pengurusan secara sepenuh masa di Wisma Pembantu Perubatan, Jalan Reko, Kajang, Selangor.

 

Senarai Pegawai Ibupejabat PPPM

Pengerusi                                  :  Hj. Yahaya bin Jaafar

Timbalan Pengerusi                  :  Hj. Md Diah bin Hj. Koleh

Setiausaha Agung                     :  Hj. Amin Zafri bin Abd Rahman

Penolong Setiausaha Agung     :  Saiful-Lizan bin Mohammed

Bendahari Agung                       :  Hj. Jaafar bin Md Shariff

 

Dua (2) orang Juruaudit telah dilantik untuk menjalankan kerja-kerja pengauditan bagi memastikan urusan PPPM berjalan mengikut peraturan khususnya yang berkaitan dengan tatacara pengurusan kewangan.

 

Senarai Juruaudit PPPM

Juruaudit 1                                 :  Hj. Wan Muhammad Azman bin Wan Abdullah

Juruaudit 2                                 :  Hj. Abdul Wahab bin Md Zin

 

 

3.       KEAHLIAN

 

Sehingga 31 Mac 2019, jumlah ahli PPPM adalah seramai 6,022 orang dimana 52 orang berstatus Ahli Seumur Hidup manakala seramai 1,797 berstatus Ahli Berhak dan 4,225 berstatus tidak aktif. Kadar penyertaan didapati sedikit meningkat. Justeru, usaha menambah keahlian PPPM dengan meningkatkan kesedaran dan minat dikalangan ahli profesion untuk melihat profesion Pembantu Perubatan terus maju, dinamik dan progresif perlu digerakkan dengan lebih agresif.

 

Selangor antara negeri yang mencatatkan jumlah keahlian yang tertinggi diikuti Perak dan Sarawak. Manakala jumlah keahlian daripada negeri Perlis adalah yang terendah. Walaupun jumlah keahlian bagi negeri Sabah turut rendah, angka ini tidaklah memberikan gambaran bahawa tahap penglibatan dan minat ahli profesion di Sabah dalam berpersatuan adalah amat rendah kerana mereka sebenarnya telah menyertai Persatuan Pembantu Perubatan Sabah atau AMAS dan Persatuan Penolong Pegawai Perubatan Sarawak. Pecahan keahlian mengikut negeri bagi tempoh sehingga 31 Mac 2019 boleh dilihat pada Jadual 1 manakala cara pembayaran Yuran Keahlian adalah seperti pada Jadual 2.

 

Jadual 1: Bilangan keahlian mengikut negeri sehingga 31 Mac 2019

 

 

Negeri

Aktif

Tidak Aktif

Jumlah Ahli

Perlis

22

54

76

Kedah

69

329

398

Pulau Pinang

89

419

508

Perak

206

445

651

Selangor

288

535

823

W. Persektuan

140

393

533

Kelantan

156

263

419

Terengganu

102

185

287

Pahang

259

323

582

Negeri Sembilan

146

92

238

Melaka

181

232

413

Johor

143

355

498

Sabah

15

91

106

Sarawak

33

509

542

 

 

Jumlah

6,074

 

 

 

Jadual 2: Pecahan mengikut cara pembayaran Yuran Keahlian

 

           

Cara

Bilangan Ahli Baru

Potongan Biro Angkasa

50

Tunai

5,972

Ahli seumur hidup

52

Jumlah

6,074

 

 

4.       CAWANGAN

 

Sehingga 31 Disember 2018, sebanyak 11 negeri telah menubuhkan cawangan iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

 

 

5.       BIRO-BIRO

 

Biro Pendidikan

 

Selain daripada menggerakkan inisiatif dalam beberapa siri rundingan untuk merancakkan lagi program pendidikan, Biro Pendidikan turut mengadakan program-program latihan seperti berikut:

 

i)          Bengkel Outcome Based Education (Obe) Dan Penilaian Peperiksaan Lembaga Pembantu Perubatan, Siri 1 (14 – 16 November 2017).

ii)         Konferens Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan 2019 (7 – 10 Mac 2019).

 

 

 

Biro Kebajikan

 

Pengwujudan Tabong Kebajikan Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia menjadi matlamat PPPM untuk membantu ahli-ahli yang kurang bernasib baik. Antara tujuan Tabong Kebajikan ini adalah:

i)       Memberi bantuan khidmat nasihat kepada ahli yang ingin meningkatkan kemahiran dan kepakaran profesional.

ii)      Memberi bantuan kepada ahli yang sakit berpanjangan.

iii)     Memberi sumbangan kepada ahli yang sakit dan memerlukan rawatan dalam wad.

iv)    Untuk membolehkan penama ahli atau waris yang sah mendapat bantuan apabila berlaku kematian ahli.

v)     Mengadakan program kemasyarakatan, kebajikan, lawatan sambil belajar bagi ahli.

vi)    Memberi sumbangan kepada ahli dan juga Pembantu Perubatan yang terlibat dengan bencana alam seperti banjir, kebakaran, kemalangan dan tanah runtuh.

 

Sehingga 31 Mac 2019, seramai 23 orang Pembantu Perubatan telah menerima sumbangan daripada Tabong Kebajikan PPPM yang kesemuanya berjumlah RM5,700.00 sebagaimana yang ditujukan pada Jadual 3.

 

Jadual 3: Sumbangan Tabong Kebajikan PPPM

 

Tahun

Bilangan  Penerima

Jumlah  Sumbangan

2017

 

 

1.    Faedah Masuk Wad Ahli Sakit

10 orang X RM200.00

RM2,000.00

2.    Kematian Ahli

1 orang X RM500.00

RM500.00

 

 

 

2018

 

 

1.    Faedah Masuk Wad Ahli Sakit

11 orang X RM200.00

RM2,200.00

2.    Kematian Ahli

1 orang X RM1,000.00

RM1,000.00

Jumlah

23 orang

RM5,700.00

 

 

Biro Ekonomi

 

Bagi menambah pendapatan ahli, Koperasi Pembantu Perubatan Selangor Berhad (KoPPSB) telah dipertanggungjawabkan untuk meneroka peluang menjana pendapatan melalui beberapa aktiviti, antaranya:

i)       Pendidikan/Latihan (Am dan Spesifik);

ii)      Latihan dalam Bidang ICT; dan

iii)     Membekal peralatan pakai buang dan buku perubatan.

 

Modal (kewangan) KoPPSB adalah daripada sumbangan modal syer anggota KoPPSB. Modal syer minima yang ditetapkan dibawah Undang-Undang Kecil KoPPSB bagi seseorang anggota adalah sebanyak RM500.00. Disamping itu, KoPPSB juga boleh menerima simpanan khas atau deposit daripada anggota.

 

KoPPSB bergerak dibawah landasan Undang-Undang Koperasi yang dikawal selian oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM). Laporan penuh mengenai aktiviti KoPPSM boleh dirujuk daripada Laporan Mesyuarat Agung KoPPSB.

 

 

 

 

6.       AKTIVITI-AKTIVITI

 

27.5.2017 @ Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Bilangan 1 Penggal 2017/2018

·  Penubuhan PPPM Cawangan Wilayah Persekutuan;

·  Pindaan Perlembagaan PPPM;

·  Laporan Biro-Biro;

·  Konferens Kebangsaan Pernolong Pegawai Perubatan 2017;

·  Status keahlian;

·  Pengurusan Cek dan Akaun Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia;

·  Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Bil 1 Penggal 2017/2018;

·  Laman Web KKPPPSM;

·  Pelupusan asset;

·  Hari Pembantu Perubatan;

·  Khairat kematian;

·  Program Sarjana Sains Kesihatan Pekerjaan;

·  Usul-Usul yang diluluskan oleh Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwakilan Kali Ke-2;

·  Pingat Kebesaran;

·  Seminar PPP Dalam Perubatan Forensik;

·  Seminar PPP Dalam Perubatan Peperangan; dan

·  Kunjungan Hormat ke Pejabat KSU & KPK.

 

8.6.2017 @ Mesyuarat Pasca Nilai Konferens Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan 2017

Mesyuarat diadakan di Bahagian Penolong Pegawai Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri Johor bagi memastikan semua perkara berkaitan konferens dapat diselesaikan khususnya yang berkaitan dengan kewangan disamping mendapatkan maklumbalas bagi menambahbaik dan melancarkan urusan penganjurannya pada masa akan datang.

 

15.7.2017 @ Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Bilangan 1 Penggal 2017/2018

·Ijazah Sarjana Muda Sains Forensik;

·Penerbitan Buletin Profesionku;

·Program latihan jangka pendek luar negara;

·Diploma Paramedik;

·Bengkel Hala Tuju Profesion Pembantu Perubatan;

·Bachelor of Science Contemporary Healthcare;

·KKPPPSM mohon menumpang laman web PPPM;

·Bachelor of Science in Healthcare Practise Development;

·Program Sarjana Sains Kesihatan Pekerjaan;

·Pembekalan tali leher, tali pinggang dan tudung;

·Penjenamaan semula Diploma Pembantu Perubatan kepada Diploma Sains Perubatan dan Kesihatan/Diploma in Medical and Health Sciences (DHMS);

·Konferens Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan 2017Kolokium Penolong Program Team Building;

·Program roadshow PPPM;

·Laporan Biro-Biro;

·Penyata Kewangan;

·Laporan Aktiviti Cawangan;

·Sambutan Hari Pembantu Perubatan;

·Penggantian signboard WISMA PEMBANTU PERUBATAN; dan

·Tajaan lawatan luar negara.

 

10.11.2017 @ Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Bilangan 2 Penggal 2017/2018

·  Penubuhan PPPM Cawangan Wilayah Persekutuan;

·  Pindaan Perlembagaan PPPM;

·  Laporan Biro-Biro;

·  Pasca Nilai Konferens Kebangsaan Pernolong Pegawai Perubatan 2017;

·  Pingat Kebesaran;

·  Seminar PPP Dalam Perubatan Forensik;

·  Seminar PPP Dalam Perubatan Peperangan;

·  Kunjungan Hormat ke Pejabat KSU & KPK;

·  Bengkel Pembangunan Item Soalan Diploma Pembantu Perubatan;

·  Peperiksaan Khas Lembaga Pembantu Perubatan;

·  Pengasingan dan pemodenan Perkhidmatan Penjagaan Pra Hospital;

·  Sarjana Muda Sains Perubatan Kecemasan;

·  Latihan di Jabatan Obstetrik & Ginekologi (O&G); dan

·  Pelan Pembangunan Profesion PPP (6P).

 

11.11.2017 @ Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Bilangan 2 Penggal 2017/2018

·      Ijazah Sarjana Muda Sains Forensik;

·      Tambahan sarjana muda dalam bidang berkaitan;

·      Program latihan jangka pendek luar negara;

·      Diploma Paramedik;

·      Peperiksaan Khas Lembaga Pembantu Perubatan;

·      Sarjana Muda Sains Perubatan Kecemasan;

·      Latihan di Jabatan Obstetrik & Ginekologi (O&G);

·      Pengasingan dan pemodenan Perkhidmatan Penjagaan Pra Hospital;

·      Perkara-perkara berbangkit;

·      Laporan Biro-Biro;

·      Penyata Kewangan;

·      Laporan Aktiviti Cawangan;

·      Sarjana Muda Psikologi;

·      Sarjana Muda Sains Perubatan dan Kesihatan; dan

·      PPW yang telah dilantik sebagai Instruktor Klinikal.

 

14 – 16.11.2017 @ Bengkel Outcome Based Education (Obe) Dan Penilaian Peperiksaan Lembaga Pembantu Perubatan, Siri 1

Bengkel ini diadakan di Bayu Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan melibatkan hampir para pengajar dan pensyarah IPT Awam dan Swasta yang terlibat di dalam Program Diploma Pembantu Perubatan.

 

4.5.2018 @ Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Bilangan 3 Penggal 2017/2018

·Perkara-perkara berbangkit;

·Kunjungan Hormat ke Pejabat KSU & KPK;

·Laporan Biro-Biro;

·Laporan Penyatan Kewangan; dan

·Hal-hal lain.

 

5.5.2018 @ Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Bilangan 3 Penggal 2017/2018

·Perkara-perkara berbangkit;

·Tambahan sarjana muda dalam bidang berkaitan;

·Bachelor of Science in Health Practise Development;

·Program Bachelor of Science in Healthcare Practise;

·Sarjana Muda Sains Perubatan dan Kesihatan (OUM);

·Persidangan Asia Emergency Medical Service (EMS Asia 2018) di Davao, Filipina

·Mens Health Conference;

·Buletin Profesionku;

·Tawaran Pakej Pelancongan KoPPSB;

·Aduan kualiti tali leher yang kurang memuaskan;

·Isu kekeliruan gelaran ‘Penolong Pegawai Perubatan’;

·National Competition Megamind Challenge;

·Perlawanan Bowling PPP Peringkat Kebangsaan;

·Laporan Biro-Biro;

·Laporan Penyata Kewangan;

·Laporan Aktiviti Cawangan;

·Laporan air bumbung bocor di Aras 2 Wisma Pembantu Perubatan

·Pengurusan Wisma Pembantu Perubatan; dan

·Laporan audit.

 

11.5.2018 @ Mesyuarat Mengenai Program Bachelor Of Science (Honour) Health Practice Development, Bil. 1/2018

Mesyuarat telah diadakan bersama para siswazah BSc. Health Practice Development di Wisma Tek, Jalan Hui Sing Kuching Sarawak. Mesyuarat ini adalah inisiatif Persatuan Penolong Pegawai Perubatan Sarawak dan Kesatuan Penolong Pegawai Perubatan Sarawak.

 

1.9.2018 @ Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Bilangan 4 Penggal 2017/2018

·Perkara-perkara berbangkit;

·Penubuhan PPPM Cawangan Wilayah Persekutuan;

·Pingat Kebesaran;

·Seminar PPP Dalam Perubatan Medan;

·Laporan Biro-Biro;

·Laporan Penyata Kewangan;

·Laporan Aktiviti Cawangan; dan

·Pemasangan kabinet di Wisma Pembantu Perubatan.

 

2.9.2018 @ Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Bilangan 4 Penggal 2017/2018

·Perkara-perkara berbangkit;

·Ijazah Sarjana Muda Sains Forensik;

·Tambahan sarjana muda dalam bidang berkaitan;

·Bachelor of Science in Health Practise Development;

·Konferens Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan 2019 dan Sambutan Hari Pembantu Perubatan Tahun 2019;

·Pelucutan jawatan Pengerusi PPPMCN Kedah;

·Permohonan sumbangan dan dana bagi peserta mengikuti Persidangan Asia Emergency Medical Service (EMS Asia 2018) di Davao, Filipina;

·Permohonan menaja peserta Mens Health Conference;

·Buletin Profesionku;

·Tawaran Pakej Pelancongan KoPPSB;

·Aduan kualiti tali leher yang kurang memuaskan;

·Program Team Building;

·Seminar PPP Dalam Perubatan Forensik;

·Seminar PPP Dalam Perubatan Medan;

·Bengkel OBE;

·Latihan dan penilaian Perkhidmatan Pra Hospital (PHC) ;

·Sumbangan kematian ahli;

·Laporan Biro-Biro;

·Laporan Penyata Kewangan;

·Laporan Aktiviti Cawangan;

·Laporan air bumbung bocor di Aras 2 Wisma Pembantu Perubatan;

·Pengurusan Wisma Pembantu Perubatan;

·Penutupan Program Diploma di ILKKM;

·Kunjungan Hormat Keatas Yang Berhormat Menteri Kesihatan;

·Kembara Sihat Di Jalanan Ver.2.0;

·Konferens Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan 2019;

·Potongan yuran tahunan keahlian melalui Biro Angkasa ;

·Ekspedisi Mendaki Gunung Kinabalu bertemakan “Warga Aktif, Warga Produktif”;

·Kemaskini pendaftaran AJK Cawangan dalam eROS; dan

·Laporan audit.

 

21.9.2018 @ Sesi Kunjungan Hormat Ke Atas Yang Berhormat Menteri Kesihatan 

Sesi kunjungan ini adalah bertujuan untuk membincangkan pelbagai perkara bagi memenuhi kepentingan bersama dan kemajuan profesion Pembantu Perubatan atau Penolong Pegawai Perubatan.

 

24.11.2018 @ Majlis Berkhatan Tahunan 2018 Jabatan Penjara Kajang

Majlis berkhatan ini merupakan acara tahunan Jabatan Penjara Kajang. Seramai 35 orang anak-anak anggota Jabatan Penjara Kajang telah dikhatankan dengan selamat.

 

25.11.2018 @ Majlis Berkhatan di Taman Jasmin, Kajang

Majlis berkhatan ini merupakan anjuran Jawatankuasa Surau Taman Jasmin, Kajang. Seramai 55 orang anak-anak anggota Jabatan Penjara Kajang telah dikhatankan dengan selamat.

 

1.12.2018 @ Program Berkhatan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

Majlis berkhatan ini merupakan acara tahunan UPNM. Seramai 60 orang anak-anak anggota Jabatan Penjara Kajang telah dikhatankan dengan selamat.

 

13.1.2019 @ Sesi Perbincangan Bersama Yang Berhormat Timbalan Menteri Kesihatan

PPPM telah menemui YB TMK bagi menyatakan rasa terkilan dan dukacita daripada ahli profesion Pembantu Perubatan (Penolong Pegawai Perubatan) berikutan kenyataan yang disiarkan di dalam akhbar tersebut menyentuh tentang beberapa sebab penutupan Klinik 1Malaysia. Pertemuan ini juga bertujuan mendapatkan pencerahan berhubung beberapa kenyataan yang disiarkan oleh akhbat terbabit.

 

8.2.2018 @ Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Bilangan 5 Penggal 2017/2018

·Perkara-perkara berbangkit;

·Laporan Biro-Biro;

·Laporan Penyata Kewangan;

·Laporan Aktiviti Cawangan; dan

·Pemasangan kabinet di Wisma Pembantu Perubatan.

 

9.2.2019 @ Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia Bilangan 5 Penggal 2017/2018

·Perkara-perkara berbangkit;

·Tambahan sarjana muda dalam bidang berkaitan;

·Bachelor of Science in Health Practise Development;

·Konferens Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan 2019 dan Sambutan Hari Pembantu Perubatan Tahun 2019;

·Laporan Biro-Biro;

·Laporan Penyata Kewangan;

·Laporan Aktiviti Cawangan;

·Akedemi Pembantu Perubatan;

·Kunjungan Hormat Keatas Yang Berhormat Menteri Kesihatan;

·Program Kembara Sihat Di Jalanan (KSDJ) Ver.2.0;

·Cuti Belajar Bergaji Penuh;

·Peperiksaan Khas Lembaga Pembantu Perubatan;

·Peperiksaan kompetensi bagi tujuan pembaharuan Perakuan Amalan Tahunan;

·Southern Peninsular Wound Medicine Conference 2019;

·Mesyuarat Agung Perwakilan PPPM Kali Ke-3;

·Penubuhan PPPM Cawangan Kuala Kuala Lumpur; dan

·Petikan siaran akhbar pada 5 Februari 2019 berhubung kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan mengenai penutupan Klinik Komuniti.

 

7.       RUMUSAN

 

Barisan Ahli Jawatankuasa Pusat bagi penggal 2017/2018 telah menunjukkan komitmen untuk menjayakan amanah sebagaimana yang telah diberikan.AJK Pusat merakamkan penghargaan dan  terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan menghulurkan sumbangan dalam menjayakan aktiviti-aktiviti PPPM. Sama-samalah kita berdoa semoga profesion kita terus diberikan pengiktirafan, kekal relevan dan berada pada satu yang yang boleh dibanggakan, InsyaAllah. Kenangkanlah jasa-jasa sumbangan pejuang-pejuang yang terdahulu dan terus memberikan sokongan yang padu bagi memantapkan lagi kesepakatan, kemuafakatan, perpaduan dan  kerjasama diantara warga PPP. Barisan AJK Pusat PPPM 2017/2018  mengharapkan agar AJK Pusat PPPM bagi Penggal 2019/2020 akan meneruskan agenda untuk memartabat dan memperkasakan profesion dan berusaha untuk meningkatkan bilangan keahlian.

 

Tahniah juga diucapkan kepada Pegawai-Pegawai Ibupejabat kerana telah menjalankan kewajipan mereka dengan cemerlang, selaras dengan Fasal 9 Perlembagaan PPPM. Barisan Pegawai-Pegawai Ibupejabat baharu diharap dapatmendayakan lagi PPPM untuk memainkan peranannya.

 

 

          Disediakan oleh :

 

 

          AMIN ZAFRI BIN ABD RAHMAN

          Setiausaha Agung

          Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia

 

 

 

  

Pengumuman

Welcome to Malaysian Association of Medical Assistants (MAMA)

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah meluluskan pindaan perlembagaan yang baru Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia melalui Surat bertarikh 8hb Ogos 2019. Pindaan yang baru boleh dimuat turun dilaman web ini.

Sila ambil maklum, dengan kelulusan ini  , Yuran berikut diluluskan

Yuran Masuk   : RM 10

Yuran Tahunan: RM 50

Untuk menjadi ahli, bayaran permulaan ialah sebanyak RM 60 (Yuran Masuk RM 10 + Yuran Tahunan RM50)

Sekian,

Pengerusi Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia

 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MESY EXCO PERSATUAN telah bersetuju untuk mengeluarkan KAD KEAHLIAN kepada Ahli-ahli yang membuat potongan melalui . BIRO ANGKASA shj. Ahli-ahli diperlukan menyediakan sekeping gambar berukuran passport dan emailkan kepada Persatuan di ma.pppm@gmail.com . Untuk mengetahui status potongan, sila ke PERMOHONAN KAD dipaparan Utama Laman sesawang. Harap maklum

-------------------------------------------------
LATEST -31st Aug 2019.
Only about 70% PPPs of 18,000 Registered had contributed to TABUNG WISMA. Please ask your supervisor regarding your contributions.


--------------------------------------------------
KEDUDUKAN TERKINI KEAHLIAN SEHINGGA :-

Setakat 30hb Apr 2019 - Jumlah keahlian 6030

Setakat 31hb Mei 2019 - Jumlah keahlian 6073

Setakat 30hb Jun 2019- Jumlah keahlian 6080

Setakat 31hb July 2019- Jumlah keahlian 6105

Setakat 31hb Ogos 2019- Jumlah keahlian 6155

 

Semakkan boleh dilakukan dgn memasukkan No KP pada SEMAKAN STATUS

** Utk makluman semua, PPP yg menggunakan online Pendaftaran dan Online Renewal Membership meningkat dari masa kesemasa.
-----------------------------------------------

Saranan ini ditujukan kepada semua PPP yang masih belum menyumbang ke Tabung WISMA PEMBANTU PERUBATAN terutama PPW. Setakat 31 Ogos 2019, hanya 70% shj PPP(Jumlah pungutun RM 702,000) yang telah menyumbangkan ke Tabung WISMA. Kerjasama diminta juga kepada semua Penyelia PPP baik di Hospital/Pejabat Kesihatan supaya menyemak balik mana-mana PPP dibawah jagaan yang belum membuat caruman.

Sekian, harap maklum


-------------------------------------------------
AKTIVITI DI WISMA PP BULAN  Ogos/ Sept 2019

Mesy ALK  akan diadakan sebagaimana berikut:-

Tarikh :-24hb Ogos 2019(Sabtu)

Masa :- 10.00 pagi sehingga selesai

Tempat :- Wisma PP, Reko Sentral, Kajang

 SEMUA ALK DIMINTA HADIR

.....................................................................................................................................

 

Jumaat, 22 November 2019
23 Rabiu awal 1441 Hijrah

LAMAN KKPPPSM

Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan Semenanjung Malaysia

Klik Disini

Lokasi Kami

11-2, Aras 2, Wisma Pembantu Perubatan, Jln Reko Sentral 9,  Reko Sentral, 43000 Kajang, Selangor
Tel: 03 8734 0109  Fax: 03 87399452      WApps:- 0167555232

 

 

Pautan PPP

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

Pautan Rasmi

Maklumat Pelawat

1587857
Hari ini
Kelmarin
Minggu ini
Bulan ini
Keseluruhan
229
833
3822
16107
1587857

 

Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.