PERLEMBAGAAN BAGI

 

PERTUBUHAN INDUK BERCAWANGAN

 

(PPM-006-10-20081986)

 

PERSATUAN PEMBANTU PERUBATAN MALAYSIA

 

(PPM-006-10-20081986)

 

 

FASAL 1 NAMA

 

 

 

(1) Pertubuhan ini dikenali dengan nama

 

PERSATUAN PEMBANTU PERUBATAN MALAYSIA

 

Selepas ini disebut "Pertubuhan".

 

(2)  Takrif Nama :

 

(3)  Taraf Pertubuhan : Kebangsaan

 

 

FASAL 2 TEMPAT URUSAN

 

 

 

1.   Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah

 

11-2 ARAS 2, WISMA PEMBANTU PERUBATAN, JALAN REKO SENTRAL 9,

REKO SENTRAL, 43000 KAJANG, SELANGOR

 

dan alamat untuk surat-menyurat adalah

 

11-2 ARAS 2, WISMA PEMBANTU PERUBATAN, JALAN REKO SENTRAL 9,  REKO SENTRAL, 43000 KAJANG, SELANGOR

 

 

 

atau di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa;

 

2.   Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

 

FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT

 

Tujuan Pertubuhan adalah seperti berikut :

 


1.   menyediakan keperluan profesional kepada pembantu perubatan dan mereka yang ada hubungan dengan amalan sains dan kesihatan ke arah membantu dan mengekalkan piawaian dan etika kerja.

 

2.   menggalakkan perkongsian maklumat dan idea melalui penulisan, persidangan, seminar, kursus, kolokium,latihan dan sebagainya serta aktiviti sosial yang melibatkan peranan pembantu perubatan berhubung dengan penjagaan kesihatan primer, sekunder dan tertier.

 

3.   menggalak dan mengukuhkan perpaduan bagi kepentingan profesion pembantu perubatan dengan mematuhi etika dan tatakelakuan yang profesional.

 

4.   mempromosikan kemajuan pembantu perubatan sebagai satu profesion (yang profesional) dengan mengekalkan piawaian latihan, pembelajaran, perkhidmatan dan kepentingan profesion di semua peringkat.

 

5.    memberi kesedaran kepada masyarakat bagi mewujud pandangan secara profesional berhubung dengan masalah perubatan dan kesihatan.

 

6.    menyuarakan pandangan persatuan kepada kerajaan serta lain-lain pihak berhubung polisi dan pendirian profesion pembantu perubatan.

 

7.  meneroka dan menyertai aktiviti ekonomi untuk kepentingan ahli.

 

 

FASAL 4 KEAHLIAN

 

 

1.  Keahlian Pertubuhan adalah seperti berikut:

 

1.1.  AHLI BIASA

 

(i) Kewarganegaraan: Warganegara Malaysia

 

(ii) Umur Minima: 18 tahun

 

(iii)Tempat Tinggal: Malaysia

 

(iv)  Keturunan: Semua

 

(v)  Jantina: Semua

 

(vi)  Agama: Semua

 

(vii)   Kriteria Keahlian Yang Lain: Keahlian bagi Ahli Biasa terbuka kepada semua Pembantu Perubatan berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan di bawah Akta 180, Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977

 

1.2. AHLI BERSEKUTU

 

Terbuka kepada mereka yang tinggal di luar tempat tinggal FASAL 4. perkara 1, 1.1 (iii). Mereka tidak boleh mengundi dan memegang jawatan dalam pertubuhan.

 

1.3. AHLI PELAJAR

 

Terbuka kepada pelajar program Diploma Sains Perubatan dan Kesihatan atau yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Lembaga Pembantu Perubatan serta memenuhi kriteria seperti FASAL 4. perkara 1, 1.1 (i) hingga (vi).


 

 


1.4. AHLI KEHORMAT

 

Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada Pertubuhan. Mereka ditentukan oleh Jawatankuasa dan terkecuali dari pembayaran yuran.

 

 

2.   Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadang dan disokong oleh 2 orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha Cawangan tempatan yang hendaklah mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa Cawangan untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa Cawangan boleh, mengikut budibicaranya, menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya. Permohonan menjadi ahli bagi tempat di mana cawangan belum ditubuhkan, hendaklah diuruskan mengikut kaedah itu juga oleh Setiausaha Agung dan Jawatankuasa Pusat.

 

3.  Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti tersebut di atas hendaklah, setelah membayar bayaran masuk dan yuran bulanan pertama yang ditetapkan diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia menjadi ahli.

 

4.   Seseorang pelajar tidak boleh diterima menjadi ahli pertubuhan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh pihak pengurusan institusi yang berkenaan.

 

 

FASAL 5 PERBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

 

 

1.  Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha Cawangan dan menjelaskan segala hutangnya.

 

2.  Mana-mana ahli yang gagal mematuhi Perlembagaan Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan mencemar nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagai mana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa Cawangan. Sebelum Jawatankuasa Cawangan memecat atau menggantung keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan Mesyuarat Agung Cawangan menunda atau membatal keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.

 

 

FASAL 6 SUMBER KEWANGAN

 

 

1. Bayaran masuk:

 

RM 10.00 (Ringgit Malaysia: Sepuloh sahaja)

 

2. Yuran

 

(a) Yuran tahunan

 


RM 50.00 (Ringgit Malaysia: Lima puluh sahaja)

 

i)    Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari Cawangan terlebih dahulu di dalam tempoh 10 hari dari awal tiap-tiap tahun. Jika cawangan belum ditubuhkan, pembayaran hendaklah disampaikan kepada Bendahari Agung atau kepada Setiausaha Agung.

 

(b)  Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada 1 tahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangani oleh atau wakil Setiausaha Agung atau Setiausaha Cawangan, dan hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya dijelaskan.

 

(c)   Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih daripada jumlah yuran bagi 2 tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa Pusat boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya, dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.

 

(d)   Jawatankuasa Pusat mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.

 

(e)   Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan Mesyuarat Perwakilan Pertubuhan. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan.

 

3. Sumbangan

 

Pertubuhan ini dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam bentuk wang dan barangan. Sumbangan berbentuk wang hendaklah diisytiharkan dengan jelas dan tepat dalam Penyata Tahunan Pertubuhan.

 

4. Kegiatan Ekonomi

 

Pertubuhan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli, melabur, menyewa, memiliki harta alih dan tak alih serta lain-lain kegiatan ekonomi.

 

 

FASAL 7 MESYUARAT PERWAKILAN

 

 

1.    Bagi Perlembagaan ini, seorang (ahli-terus) maknanya ialah seorang ahli pertubuhan yang tidak menjadi ahli cawangan dan seorang (wakil ahli) maknanya ialah seorang wakil yang dilantik oleh ahli-ahli terus.

 

2.   Pentadbiran pertubuhan ini terserah kepada Mesyuarat Agung Perwakilan yang mengandungi wakil-wakil cawangan dan wakil-wakil ahli dan ahli-ahli Jawatankuasa Pusat. Sebarang ahli pertubuhan, dengan persetujuan Pengerusi boleh hadir di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan tetapi ia tidak boleh bercakap atau mengundi.

 

3.  Wakil-wakil cawangan hendaklah dipilih tiap-tiap 2 tahun oleh cawangan masing-masing dan mereka boleh dipilih semula. Sesuatu cawangan berhak memilih 3 wakil bagi 100 ahli yang pertama atau sebahagian daripada jumlah itu dan 1 wakil


 

4


lagi bagi tiap-tiap 50 ahli lebih daripada 100 ahli yang pertama, dengan syarat jumlah wakil bagi sesuatu cawangan tidak lebih daripada 5.

 

4.  Wakil-wakil ahli hendaklah dipilih tiap-tiap 2 tahun oleh ahli-ahli terus dan mereka boleh dipilih semula. 3 wakil boleh dipilih bagi 100 ahli yang pertama atau sebahagiannya dan tambahan 1 wakil bagi 50 ahli lebih daripada 100 ahli yang pertama, dengan syarat jumlah wakil ahli tidak lebih daripada 5.

 

5.   Ahli Jawatankuasa Pusat tidak boleh dipilih menjadi wakil cawangan atau wakil ahli-ahli. Ahli Jawatankuasa Pusat dan wakil-wakil yang hadir berkuasa mengundi di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan.

 

6.  Korum untuk Mesyuarat Agung Perwakilan dianggap cukup jika wakil-wakil yang hadir, tidak kira jumlahnya berjumlah lebih daripada jumlah wakil bagi setengah (1/2) bilangan cawangan-cawangan dan lebih daripada setengah (1/2) jumlah wakil ahli-ahli terus pertubuhan.

 

7.    Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pusat; dan jika kourum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka berkuasalah wakil-wakil yang hadir menjalankan mesyuarat pada hari itu tetapi tidaklah berkuasa meminda Perlembagaan Pertubuhan.

 

8.  Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwakilan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dalam tempoh 24 bulan daripada tarikh Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwakilan terakhir pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pusat. Kerja-kerja Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwakilan ialah:

 

(a)  Menerima laporan Jawatankuasa Pusat berkenaan perjalanan Pertubuhan yang lalu;

 

(b)  Menerima laporan Bendahari Agung dan penyata kewangan yang telah diaudit;

 

(c)  Memilih ahli-ahli Jawatankuasa Pusat dan melantik Juruaudit; dan

 

(d)     Membentang dan membincang usul-usul yang mana telah diterima oleh Setiusaha Agung sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwakilan.

 

(e)  Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.

 

9.   Pengumuman awal mengenai Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwakilan yang menyatakan tarikh, waktu dan tempat, dan panggilan mengemukakan cadangan untuk perbincangan, cadangan untuk meminda Perlembagaan dan pencalonan untuk pemilihan ahli-ahli Jawatankuasa Pusat, hendaklah dikirimkan oleh Setiausaha Agung kepada tiap-tiap Setiausaha Cawangan tidak lewat daripada 60 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat, dan pengumuman ini hendaklah ditunjukkan supaya jelas kelihatan di tempat urusan pertubuhan yang telah didaftarkan. Tiap-tiap Setiausaha Cawangan hendaklah mengadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Cawangan tidak lewat daripada 30 hari setelah menerima pengumuman awal itu.


 

 

5


10.      Nama-nama wakil, pencalonan untuk pemilihan pegawai-pegawai dan cadangan untuk dibincangkan di dalam Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwakilan hendaklah dihantar oleh Setiausaha Cawangan atau ahli-ahli secara individu supaya sampai kepada Setiausaha Agung tidak lewat daripada 40 hari selepas penerimaan pengumuman awal mesyuarat.

 

11.  Setiausaha Agung, jika boleh hendaklah mengadakan mesyuarat ahli-ahli terus tidak kurang daripada 30 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwakilan, untuk melantik wakil-wakil ahli dengan syarat jika keadaan tempat yang berjauhan tidak sesuai bagi mengadakan mesyuarat, maka dengan cara melantik wakil-wakil ahli hendaklah diputuskan oleh Jawatankuasa Pusat.

 

12.    Setiausaha Agung hendaklah menghantar kepada Setiausaha Cawangan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum diadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwakilan satu notis termasuk salinan minit mesyuarat dan laporan aktiviti tahunan, cadangan dan pencalonan untuk pemilihan pegawai-pegawai berserta dengan penyata kewangan Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan dokumen-dokumen ini hendaklah diberikan kepada tiap-tiap wakil cawangan dan wakil ahli dan salinan dokumen itu boleh diperolehi untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan atau di pejabat-pejabat cawangan.

 

13.  Mesyuarat Agung Luar Biasa Perwakilan bagi Pertubuhan ini boleh diadakan:

 

(a) Bila difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa Pusat; atau

 

(b) Atas permintaan dengan bertulis oleh ahli-ahli jawatankuasa bagi dua cawangan atau lebih atau oleh tidak kurang daripada 20 orang ahli-ahli terus dengan menerangkan tujuan-tujuan dan sebab-sebab mengadakannya.

 

14.     Mesyuarat Agung Luar Biasa Perwakilan yang diminta oleh cawangan-cawangan atau ahli-ahli terus hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.

 

15.   Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Luar Biasa Perwakilan itu hendaklah diedarkan kepada semua Setiausaha Cawangan oleh Setiausaha Agung sekurang-kurangnya 15 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan untuk mesyuarat.

 

16.    Fasal 7 (6) dan 7 (7) di dalam Perlembagaan ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwakilan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Luar Biasa Perwakilan, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Luar Biasa Perwakilan itu atas permintaan cawangan-cawangan, maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan, dan sekurang-kurangnya 6 bulan daripada tarikh ini Mesyuarat Agung Luar Biasa Perwakilan atas permintaan cawangan-cawangan dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.

 

17.      Setiausaha Agung hendaklah menghantar kepada semua Setiausaha Cawangan salinan minit mesyuarat tiap-tiap Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwakilan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa Perwakilan dalam tempoh 3 bulan setelah selesainya mesyuarat.


 

 

6


FASAL 8 JAWATANKUASA PUSAT

 

 

1.    Satu Jawatankuasa Pusat seperti berikut yang dinamakan pegawai-pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih dua tahun sekali di dalam Mesyuarat DwiTahunan Perwakilan:

 

Seorang Presiden

 

Seorang Timbalan Presiden Seorang Setiausaha Agung Seorang Penolong Setiausaha Agung Seorang Bendahari Agung

 

22  orang Ahli Jawatankuasa Biasa yang terdiri daripada Pengerusi Cawangan dan Setiausaha Cawangan dilantik di Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwakilan.

 

2.  Semua ahli yang berkhidmat di dalam Jawatankuasa Pusat dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif di dalam Pertubuhan ini hendaklah warganegara Malaysia.

 

3.   Nama-nama untuk jawatan-jawatan yang di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh wakil-wakil cawangan, wakil-wakil ahli dan Ahli Jawatankuasa Pusat di dalam Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwakilan. Semua pegawai boleh dipilih semula dua tahun sekali.

 

 

4.  Fungsi Jawatankuasa Pusat ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Pertubuhan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwakilan. Jawatankuasa Pusat seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwakilan dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa Pusat mestilah sentiasa mematuhi keputusan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwakilan. Jawatankuasa Pusat hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatan-kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwakilan.

 

5.  Jawatankuasa Pusat hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 3 kali dalam setahun. Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli Jawankuasa Pusat 7 hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian, atau tidak kurang daripada 3 orang ahli Jawatankuasa Pusat bersama-sama, boleh memanggil supaya diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli-ahli Jawatankuasa Pusat hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.

 

 

6.   Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa Pusat dan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat tidak dapat diadakan, maka bolehlah Setiausaha Agung mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Pusat secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut hendaklah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa Pusat boleh dianggap sebagai telah diterima:

 

(i) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam

7


surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap Ahli Jawatankuasa Pusat;

 

(ii)  Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli-ahli Jawatankuasa Pusat mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu; dan

 

(iii)  Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang diperolehi melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha Agung kepada Mesyuarat Jawatankuasa Pusat berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam minit mesyuarat.

 

7.  Ahli Jawatankuasa Pusat yang gagal menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pusat tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan digantung kehadiran mesyuarat bagi satu sesi Mesyuarat Jawatankuasa Pusat.

 

8.  Jika seorang ahli Jawatankuasa Pusat meninggal dunia atau meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Cawangan atau Setiausaha Cawangan maka Pengerusi Cawangan atau Setiausaha Cawangan yang baharu bagi cawangan yang berkenaan akan dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat di Mesyuarat Jawatankuasa Pusat yang berikutnya.

 

9.   Jawatankuasa Pusat boleh memberi perintah kepada Setiausaha Agung dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan-urusan Pertubuhan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantung atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa Pusat atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.

 

10.  Jawatankuasa Pusat boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil atau biro-biro jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang Ahli Jawatankuasa Biasa.

 

11.    Jawatankuasa Pusat yang lama hendaklah menyerahkan semua dokumen Pertubuhan seperti sijil pendaftaran, perlembagaan berdaftar, salinan Penyata Tahunan, surat-surat maklumbalas, buku-buku akaun, buku bank, cek dan resit, geran-geran tanah, senarai aset dan sebagainya kepada Jawatankuasa Pusat yang baharu.

 

 

FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

 

 

1.   Presiden, dalam tempoh memegang jawatannya hendaklah menjadi Pengerusi semua Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwakilan dan semua Mesyuarat Jawatankuasa Pusat serta bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Dia mempunyai undi pemutus dan hendaklah dia menandatangani minit mesyuarat bila telah diluluskan.

 

2.       Timbalan Presiden hendaklah memangku jawatan Presiden semasa ketiadaannya.


 

 

 

8


3.      Setiausaha Agung hendaklah menjalankan kerja Pertubuhan mengikut Perlembagaan dan hendaklah dia menjalankan perintah Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwakilan dan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat. Dia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua rekod dan dokumen Pertubuhan kecuali buku-buku akaun dan dokumen kewangan. Setiausaha Agung hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi maklumat terperinci ahli mengikut kategori seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah kediaman tiap-tiap ahli. Dia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat minit mesyuarat.

 

4.      Penolong Setiausaha Agung hendaklah membantu Setiausaha Agung menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha Agung.

 

5.   Bendahari Agung adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan. Dia hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya di atas ketepatan penyata kewangan Pertubuhan yang terdiri daripada penyata penerimaan dan perbelanjaan serta kunci kira-kira.

 

6.     Ahli-ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah membantu Jawatankuasa Pusat menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.

 

 

FASAL 10   KEWANGAN

 

 

1.     Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan ini, wang Pertubuhan boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah Juruaudit.

 

2.   Bendahari Agung dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM 1,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan di dalam tempoh tujuh hari ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa Pusat. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Pertubuhan.

 

3.    Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang daripada akaun Pertubuhan hendaklah ditandatangan bersama oleh Presiden, Setiausaha Agung dan Bendahari Agung. Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Pusat berhak melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau pengeluaran wang Pertubuhan semasa ketiadaan mana-mana penandatangan tersebut.

 

 

4.  Perbelanjaan yang lebih daripada RM 10,000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Pusat, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 50,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Perwakilan terlebih dahulu.


 

9


Perbelanjaan yang kurang daripada RM 10,000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu Sahaja) boleh diluluskan bersama oleh Presiden, Setiausaha Agung dan Bendahari Agung.

 

5.   Penyata kewangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari Agung dan diperiksa oleh Juruaudit yang dilantik di bawah FASAL 11 Perlembagaan ini dengan seberapa segeranya setelah tamat tahun kewangan. Penyata kewangan yang telah diaudit itu hendaklah diedar untuk makluman ahli-ahli dan dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwakilan yang berikutnya. Setiap salinan tersebut hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan yang berdaftar.

 

6.  Tahun kewangan Pertubuhan ini hendaklah bagi tempoh 12 bulan iaitu bermula dari 1 Januari.

 

 

FASAL 11   JURUAUDIT

 

 

1.    Dua (2) orang yang bukannya pegawai Pertubuhan boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwakilan sebagai Juruaudit. Mereka akan memegang jawatan selama dua tahun dan boleh dilantik semula.

 

2.   Juruaudit adalah dikehendaki memeriksa penyata kewangan Pertubuhan dan cawangan-cawangan bagi setahun. Juruaudit hendaklah membuat perakuan dan menandatangani penyata kewangan tersebut untuk pertimbangan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwakilan dan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Cawangan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Presiden mengaudit penyata kewangan Pertubuhan atau Cawangan-cawangan pada bila-bila masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa Pusat dan Jawatankuasa Cawangan.

 

 

FASAL 12   PENTADBIR HARTA

 

 

1.  Segala harta tidak alih Pertubuhan hendaklah didaftarkan atas nama Pertubuhan dan segala surat cara pelaksanaan berkaitan dengan harta ini dianggap sah dan berkuatkuasa seolah-olah ianya telah dilaksanakan oleh seorang tuan punya berdaftar dengan syarat surat cara itu disempurnakan oleh 3 orang Pemegang Amanah Pertubuhan pada masa itu yang mana perlantikan mereka disahkan melalui sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan dan dimeteri dengan meteri Pertubuhan.

 

2.   Harta tidak alih Pertubuhan tidak boleh dijual, digadai, ditarik balik atau ditukar milik tanpa persetujuan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwakilan.

 

 

FASAL 13   PEMBUBARAN


 

 

 

 

10


1.    Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) jumlah semua wakil cawangan, wakil ahli dan Ahli Jawatankuasa Pusat yang berhak mengundi di dalam suatu Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwakilan yang dipanggil khas untuk tujuan itu.

 

2.  Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Pertubuhan yang sah mengikut Perlembagaan hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui di dalam Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwakilan berkenaan.

 

3.  Kenyataan mengenai pembubaran itu hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan di dalam masa 14 hari daripada tarikh pembubaran itu.

 

 

FASAL 14   PENUBUHAN DAN PEMBUBARAN CAWANGAN-CAWANGAN

 

 

1.   Jawatankuasa Pusat boleh membenarkan penubuhan cawangan di kawasan yang mempunyai sekurang-kurangnya 30 ahli Pertubuhan. Penubuhan cawangan hendaklah dibenarkan secara bertulis oleh Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.

 

2.  Jawatankuasa Pusat boleh membubarkan cawangan:

 

(i)    Jika bilangan ahli-ahli di dalam tempoh enam bulan berturut-turut kurang daripada 30; atau

 

(ii)    Jika cawangan tidak mematuhi Perlembagaan Pertubuhan atau keputusan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwakilan atau Jawatankuasa Pusat atau jika Jawatankuasa Pusat mendapatinya bersalah kerana perbuatannya mencemarkan Pertubuhan.

 

3.  Keputusan membubarkan cawangan hendaklah dengan undi terbanyak di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat, dengan syarat sebelum diambil keputusan membubarkan cawangan atas sebab yang disebutkan di dalam FASAL 14 perkara

 

2   (ii) di atas, cawangan yang berkenaan hendaklah diberi suatu notis selama 30 hari terlebih dahulu dan diberi peluang untuk menjawab tuduhan-tuduhan tersebut.

 

4.     Perintah pembubaran hendaklah ditandatangani oleh Setiausaha Agung. Cawangan tidak boleh bergerak mulai dari tarikh penerimaan perintah tersebut kecuali untuk urusan penyelesaian. Sebarang cawangan yang musykil atas perintah pembubaran boleh, dengan kenyataan bertulis kepada Setiausaha Agung di dalam tempoh 30 hari daripada tarikh penerimaan perintah tersebut, membuat rayuan kepada Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwakilan. Walaupun rayuan telah dibuat namun perintah pembubaran masih berkuatkuasa sehingga dibatalkan tetapi di dalam keadaan yang sedemikian Jawatankuasa Pusat boleh melantik satu jawatankuasa penjaga daripada ahli-ahli untuk menguruskan halehwal cawangan itu sementara rayuan tersebut dipertimbangkan.

 

5.  Jika sesuatu cawangan ditutup kerana sebab yang disebutkan dalam FASAL 14 perkara 2 (i) di atas, maka Jawatankuasa Pusat hendaklah memindahkan ahli-ahli yang ada kepada cawangan yang hampir sekali, dan jika cawangan ditutup kerana


 

11


sebab di dalam FASAL 14 perkara 2 (ii) di atas, maka ahli-ahli akan terhenti menjadi ahli Pertubuhan.

 

6.  Adalah menjadi kewajipan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari bagi cawangan itu menyerahkan kepada Setiausaha Agung segala buku, rekod, wang dan harta-harta lainnya yang dimiliki oleh cawangan berserta dengan penyata kewangan cawangan itu daripada tarikh akhir pengemukaan penyata kewangan itu dibentangkan sehingga tarikh perintah pembubaran.

 

7.      Jika ahli-ahli sesuatu cawangan memutuskan hendak keluar daripada Pertubuhan, maka pegawai-pegawai cawangan itu dengan serta merta mestilah menyerahkan kepada Setiausaha Agung segala buku, rekod, wang dan harta-harta lain Pertubuhan dan seterusnya menyedia dan menyerahkan penyata kewangan kepada Setiausaha Agung seperti di dalam FASAL 14 perkara 6 di atas.

 

 

FASAL 15   MESYUARAT AGUNG CAWANGAN

 

 

1.   Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Cawangan akan diadakan tidak lewat daripada

 

30    hari selepas menerima pemberitahu awal mengenai Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwakilan, supaya pemberitahu mengenai masa, tarikh dan tempat Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Cawangan akan dikeluarkan dengan sewajarnya.

 

2.  Kerja-kerja Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Cawangan ialah untuk:

 

(i)  Menerima laporan aktiviti cawangan.

 

(ii)   Menerima laporan Bendahari Cawangan dan penyata kewangan Cawangan yang telah diaudit;

 

(ii)  Memilih wakil-wakil Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwakilan;

 

(iv)  Memilih Jawatankuasa Cawangan dan Juruaudit Cawangan;

 

(v)  Membincangkan perkara-perkara lain termasuk usul yang akan dibentangkan.

 

3.   Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 21 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Cawangan pemberitahu awal yang menyatakan tarikh, waktu dan tempat mesyuarat, panggilan mengemukakan cadangan untuk perbincangan dan pencalonan untuk pemilihan pegawai cawangan.

 

4.   Pencalonan untuk pemilihan pegawai-pegawai cawangan dan cadangan untuk perbincangan di dalam Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Cawangan hendaklah disampaikan kepada Setiausaha Cawangan tidak lewat daripada 7 hari selepas penerimaan pemberitahu awal mesyuarat.

 

5.   Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 7 hari sebelum diadakan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Cawangan, satu agenda termasuk salinan minit mesyuarat dan laporan aktiviti tahunan berserta dengan penyata kewangan cawangan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan dokumen-dokumen ini juga boleh diperolehi untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan cawangan.


 

 

 

12


6.  Sekurang-kurangnya satu perdua (1/2) daripada jumlah ahli-ahli cawangan yang berhak mengundi atau dua kali ganda jumlah Ahli Jawatankuasa Cawangan, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Cawangan bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.

 

7.    Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada 7 hari) yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Cawangan, dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu, maka ahli-ahli berkuasa menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.

 

8.  Suatu Mesyuarat Agung Luar Biasa Cawangan hendaklah diadakan:

 

(i)  Atas arahan Jawatankuasa Pusat; atau

 

(ii)  Apabila Jawatankuasa Cawangan memikirkannya mustahak;

 

(iii)   Atas permintaan bertulis tidak kurang daripada 1/2 ahli-ahli cawangan yang berhak mengundi dengan menyatakan tujuan dan sebab untuk mengadakan mesyuarat itu.

 

9.   Mesyuarat Agung Luar Biasa Cawangan atas permintaan ahli-ahli hendaklah diadakan dalam tempoh 15 hari dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat tersebut.

 

10.   FASAL 15 perkara 6 dan perkara 7 di dalam Perlembagaan ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Cawangan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Luar Biasa Cawangan, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Luar Biasa Cawangan atas permintaan ahli-ahli tersebut, maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan dan dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh ini Mesyuarat Agung Luar Biasa Cawangan atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.

 

11.     Setiausaha Cawangan hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli dan Setiausaha Agung satu salinan minit Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Cawangan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa Cawangan dalam tempoh 3 bulan setelah selesainya mesyuarat.

 

 

FASAL 16   JAWATANKUASA CAWANGAN

 

 

1.    Sesuatu Jawatankuasa Cawangan seperti berikut yang dinamakan pegawai-pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih dua tahun sekali di dalam Mesyuarat Agung DwiTahunan Cawangan:

 

Seorang Pengerusi Cawangan;

 

Seorang Timbalan Pengerusi Cawangan; Seorang Setiausaha Cawangan; Seorang Penolong Setiausaha Cawangan;


 

13


Seorang Bendahari Cawangan; dan

 

4 Ahli Jawatankuasa Biasa Cawangan.

 

2.   Semua ahli yang berkhidmat di dalam Jawatankuasa Cawangan dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas-tugas eksekutif dalam cawangan hendaklah warganegara Malaysia.

 

3.    Nama-nama untuk jawatan-jawatan yang di atas hendaklah dicadang serta disokong dan pemilihan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung DwiTahunan Cawangan. Semua pegawai boleh dilantik semula dua tahun sekali.

 

4.   Fungsi Jawatankuasa Cawangan ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Cawangan dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Cawangan mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Cawangan dan Perwakilan. Jawatankuasa Cawangan seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Cawangan dan kedua-dua Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Cawangan dan Perwakilan dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa Cawangan mestilah sentiasa mematuhi keputusan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwakilan. Jawatankuasa Cawangan hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatan-kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Cawangan.

 

5.   Jawatankuasa Cawangan hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya 4 kali dalam setahun. Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli Jawankuasa Cawangan 7 hari terlebih dahulu dan satu salinan notis yang sama dihantar kepada Setiausaha Agung. Pengerusi Cawangan dengan bersendirian, atau tidak kurang daripada 3 orang ahli Jawatankuasa Cawangan bersama-sama, boleh memanggil supaya diadakan Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.

 

6.   Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa Cawangan dan Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan tidak dapat diadakan, maka bolehlah Setiausaha Cawangan mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Cawangan secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut hendaklah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa Cawangan boleh dianggap sebagai telah diterima:

 

(i) Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap Ahli Jawatankuasa Cawangan;

 

(ii)     Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli-ahli Jawatankuasa Cawangan mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu; dan

 

(iii)  Keputusan hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang diperolehi melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha Cawangan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam minit mesyuarat.


 

 

14


7.   Ahli Jawatankuasa Cawangan yang gagal menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan.

 

8.   Jika seorang ahli Jawatankuasa Cawangan meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon kedua mendapat undi terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa Cawangan melantik ahli Cawangan yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Cawangan diadakan.

 

9.      Jawatankuasa Cawangan boleh memberi perintah kepada Setiausaha Cawangan dan pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan-urusan Cawangan, dan melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantung atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa Cawangan atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Cawangan.

 

10.  Jawatankuasa Cawangan boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil atau biro-biro jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan khas kepada sebarang Ahli Jawatankuasa Cawangan.

 

11.  Jawatankuasa Cawangan yang lama hendaklah menyerahkan semua dokumen Pertubuhan seperti sijil pendaftaran, perlembagaan berdaftar, salinan Penyata Tahunan, surat-surat maklumbalas, buku-buku akaun, buku bank, cek dan resit, geran-geran tanah, senarai aset dan sebagainya kepada Jawatankuasa Cawangan yang baharu.

 

12.   Setiausaha Cawangan akan memberi satu salinan minit tiap-tiap mesyuarat Jawatankuasa Cawangan kepada Setiausaha Agung tidak lewat daripada 30 hari selepas mesyuarat itu diadakan.

 

 

FASAL 17   TUGAS-TUGAS PEGAWAI-PEGAWAI CAWANGAN

 

 

1.   Pengerusi Cawangan, dalam tempoh memegang jawatan hendaklah menjadi Pengerusi semua Mesyuarat Agung Cawangan dan semua Mesyuarat Jawatankuasa Cawangan dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat. Dia mempunyai undi pemutus dan hendaklah dia menandatangani minit mesyuarat bila telah diluluskan.

 

2.     Timbalan Pengerusi Cawangan hendaklah memangku jawatan Pengerusi Cawangan semasa ketiadaannya.

 

3.   Setiausaha Cawangan hendaklah menjalankan kerja-kerja cawangan mengikut Perlembagaan dan dia hendaklah menjalankan perintah-perintah Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Cawangan dan Perwakilan serta Jawatankuasa Cawangan. Dia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat menyurat dan menyimpan semua


 

15


rekod dan dokumen Cawangan kecuali buku-buku akaun dan dokumen kewangan. Setiausaha Cawangan hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi maklumat terperinci ahli mengikut kategori seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah kediaman tiap-tiap ahli. Dia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat minit mesyuarat.

 

4.   Penolong Setiausaha Cawangan hendaklah membantu Setiausaha Cawangan dalam menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu dalam masa ketiadaanya.

 

5.      Bendahari Cawangan adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Cawangan. Dia hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya di atas ketepatan penyata kewangan Cawangan yang terdiri daripada penyata penerimaan dan perbelanjaan serta kunci kira-kira.

 

6.     Ahli Jawatankuasa Biasa Cawangan hendaklah membantu Jawatankuasa Cawangan menjalankan sebarang tugas yang diarah olehnya.

 

 

FASAL 18   KEWANGAN CAWANGAN

 

 

1.   Semua wang yang dikutip di cawangan-cawangan Pertubuhan akan menjadi aset bersama Pertubuhan.

 

2.   Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwakilan akan menentukan dari masa ke semasa peratusan kadar yuran yang akan disimpan di cawangan sebagai kumpulan wang cawangan dan akan menetapkan jenis-jenis perbelanjaan yang akan menggunakan wang cawangan.

 

3.   Tiap-tiap Bendahari Cawangan akan menyampaikan kepada Bendahari Agung sebelum 15 hari bulan tiap-tiap bulan yuran-yuran yang diterima oleh cawangan setelah ditolak peratusan yang disimpan sebagai kumpulan wang cawangan.

 

4.    Bendahari Cawangan akan juga menyampaikan kepada Bendahari Agung sebelum 15 hari bulan tiap-tiap bulan suatu penyata pendapatan dan perbelanjaan serta kunci kira-kira cawangan bagi bulan lepas.

 

5.   Bendahari Cawangan dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM 500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dimasukkan di dalam tempoh tujuh hari ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa Cawangan. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama Cawangan.

 

6.    Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang daripada akaun Cawangan hendaklah ditandatangani bersama oleh Pengerusi Cawangan, Setiausaha Cawangan dan Bendahari Cawangan. Walau bagaimanapun, Jawatankuasa Cawangan berhak melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau pengeluaran wang Pertubuhan semasa ketiadaan mana-


 

16


mana penandatangan tersebut.

 

7.   Perbelanjaan yang lebih daripada RM 3,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ribu Sahaja) pada sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Cawangan dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 10,000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Cawangan terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang RM 1,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu Sahaja) boleh diluluskan bersama oleh Pengerusi Cawangan, Setiausaha Cawangan dan Bendahari Cawangan.

 

8.     Penyata kewangan bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari Cawangan dan diperiksa oleh Juruaudit yang dilantik di bawah FASAL 11 Perlembagaan ini dengan seberapa segeranya setelah tamat tahun kewangan. Penyata kewangan yang telah diaudit itu hendaklah diedar untuk makluman ahli-ahli dan dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Cawangan yang berikutnya. Setiap salinan tersebut hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di alamat tempat urusan Pertubuhan yang berdaftar.

 

9.  Tahun kewangan Pertubuhan ini hendaklah bagi tempoh 12 bulan iaitu bermula dari 1 Januari.

 

10.  Semua wang, buku dan harta-harta lain Pertubuhan yang dipegang oleh mana-mana Cawangan yang telah dibubarkan akan dihantarkan dengan segera oleh Setiausaha Cawangan kepada Setiausaha Agung, bersama-sama dengan penyata kewangan sebagaimana dinyatakan pada fasal 14 perkara 6 dan 7.

 

 

FASAL 19   PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UMUM MENGENAI CAWANGAN

 

 

1.  Di mana peruntukan khas tiada disebut di dalam Perlembagaan ini bagi perkara-perkara berhubung dengan pentadbiran cawangan-cawangan Pertubuhan, Perlembagaan yang berkenaan mengenai pentadbiran Ibu Pejabat Pertubuhan akan diikuti sejauh mana yang sesuai.

 

2.    Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwakilan dan Jawatankuasa Pusat akan memberi arahan kepada Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Cawangan atau Jawatankuasa Cawangan mengenai pentadbirannya.

 

 

FASAL 20   PINDAAN PERLEMBAGAAN

 

 

Perlembagaan ini tidak boleh dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwakilan. Permohonan untuk pindaan Perlembagaan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh 60 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwakilan meluluskan pindaan itu dan hanya boleh berkuatkuasa mulai daripada tarikh pindaan-pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

 

 

FASAL 21  TAFSIRAN PERLEMBAGAAN

17

 

 

 


1.    Dalam tempoh di antara dua Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwakilan, Jawatankuasa Pusat boleh memberikan tafsirannya kepada Perlembagaan ini dan Jawatankuasa Pusat, jika pelu, boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam Perlembagaan ini.

 

2.   Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat di dalam Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwakilan, keputusan Jawatankuasa Pusat ke atas ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Perwakilan.

 

 

FASAL 22   LARANGAN

 

 

1.   Sebarang bentuk perjudian seperti yang ditafsirkan dalam Akta Rumah Judi Terbuka, 1953 adalah dilarang di premis pertubuhan.

 

2.  Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak harus mencuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definisi dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959.

 

3.   Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama pertubuhan atau pegawai-pegawainya atau Jawatankuasa atau ahli tanpa kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan.

 

4.   "Faedah" seperti yang ditafsirkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan, 1966 tidaklah boleh diberi oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.

 

5.   Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Pertubuhan ini hasil daripada penyertaannya dalam aktiviti ekonomi hendaklah disalurkan kembali kepada pertubuhan bagi mencapai matlamat pertubuhan ini dan tidak boleh digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada mana-mana ahli Pertubuhan. Sungguhpun begitu, peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran gaji dan perbelanjaan pentadbiran atau kedua-duanya kepada mana-mana ahli atau pekerja Pertubuhan.

 

6.  Persatuan penganut tidak dibenarkan mentadbir rumah ibadat.

 

 

FASAL 23   BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA

 

 

 

1.   Bendera

 

-

 

Keterangan :

 

-

 

2.   Lambang


 

 

 

 

18


 

 

 

 

 

Keterangan :

 

Keterangan Lambang Persatuan ialah berbentuk bulat berlatarkan warna biru muda dengan menunjukkan stetoskop di mana Bulan Sabit berserta Keris, Ular dan Sayap (simbol profesion perubatan) di dalamnya dengan disokong oleh dua (2) tangan.

 

 

Luar stetoskop disebelah kiri dan kanan ialah bunga padi yang melambangkan nilai sebuah kejayaan. Perkataan 'MEDIC' terletak pada diagfram stetoskop.

 

Motto Persatuan ialah “BAKTI MULIA”

 

3.   Lencana

 

-

 

Keterangan :

 

-

 

 

 

FASAL 24   PENAUNG

 

 

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia adalah Penaung kepada Persatuan ini yang dilantik secara Ex-Officio.


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

19

Pengumuman

Welcome to Malaysian Association of Medical Assistants (MAMA)

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah meluluskan pindaan perlembagaan yang baru Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia melalui Surat bertarikh 8hb Ogos 2019. Pindaan yang baru boleh dimuat turun dilaman web ini.

Sila ambil maklum, dengan kelulusan ini  , Yuran berikut diluluskan

Yuran Masuk   : RM 10

Yuran Tahunan: RM 50

Untuk menjadi ahli, bayaran permulaan ialah sebanyak RM 60 (Yuran Masuk RM 10 + Yuran Tahunan RM50)

Sekian,

Pengerusi Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia

 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MESY EXCO PERSATUAN telah bersetuju untuk mengeluarkan KAD KEAHLIAN kepada Ahli-ahli yang membuat potongan melalui . BIRO ANGKASA shj. Ahli-ahli diperlukan menyediakan sekeping gambar berukuran passport dan emailkan kepada Persatuan di ma.pppm@gmail.com . Untuk mengetahui status potongan, sila ke PERMOHONAN KAD dipaparan Utama Laman sesawang. Harap maklum

-------------------------------------------------
LATEST -31st Aug 2019.
Only about 70% PPPs of 18,000 Registered had contributed to TABUNG WISMA. Please ask your supervisor regarding your contributions.


--------------------------------------------------
KEDUDUKAN TERKINI KEAHLIAN SEHINGGA :-

Setakat 30hb Apr 2019 - Jumlah keahlian 6030

Setakat 31hb Mei 2019 - Jumlah keahlian 6073

Setakat 30hb Jun 2019- Jumlah keahlian 6080

Setakat 31hb July 2019- Jumlah keahlian 6105

Setakat 31hb Ogos 2019- Jumlah keahlian 6155

 

Semakkan boleh dilakukan dgn memasukkan No KP pada SEMAKAN STATUS

** Utk makluman semua, PPP yg menggunakan online Pendaftaran dan Online Renewal Membership meningkat dari masa kesemasa.
-----------------------------------------------

Saranan ini ditujukan kepada semua PPP yang masih belum menyumbang ke Tabung WISMA PEMBANTU PERUBATAN terutama PPW. Setakat 31 Ogos 2019, hanya 70% shj PPP(Jumlah pungutun RM 702,000) yang telah menyumbangkan ke Tabung WISMA. Kerjasama diminta juga kepada semua Penyelia PPP baik di Hospital/Pejabat Kesihatan supaya menyemak balik mana-mana PPP dibawah jagaan yang belum membuat caruman.

Sekian, harap maklum


-------------------------------------------------
AKTIVITI DI WISMA PP BULAN  Ogos/ Sept 2019

Mesy ALK  akan diadakan sebagaimana berikut:-

Tarikh :-24hb Ogos 2019(Sabtu)

Masa :- 10.00 pagi sehingga selesai

Tempat :- Wisma PP, Reko Sentral, Kajang

 SEMUA ALK DIMINTA HADIR

.....................................................................................................................................

 

Jumaat, 22 November 2019
23 Rabiu awal 1441 Hijrah

LAMAN KKPPPSM

Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan Semenanjung Malaysia

Klik Disini

Lokasi Kami

11-2, Aras 2, Wisma Pembantu Perubatan, Jln Reko Sentral 9,  Reko Sentral, 43000 Kajang, Selangor
Tel: 03 8734 0109  Fax: 03 87399452      WApps:- 0167555232

 

 

Pautan PPP

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

Pautan Rasmi

Maklumat Pelawat

1587856
Hari ini
Kelmarin
Minggu ini
Bulan ini
Keseluruhan
228
833
3821
16106
1587856

 

Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.